UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 23 Januari 2018 - Satu Program Pengantarabangsaan: International Discourse Ar-Risalah telah berlangsung di Dewan Syura Al-Mizan, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah pada 23 dan 24 Januari 2019 dirasmikan oleh Rektor, YBhg Datuk Profesor Madya Sabariah Hj. Mahat.

Seramai 111 orang pelajar Yayasan Wakaf Ar Risalah dan 5 pensyarah hadir diketuai oleh Muhammad Saleh bin Zulfahmi, Ketua Yayasan Ar Risalah. Program pengantarabangsaan ini merupakan anjuran Unit Memorandum dan Persefahaman (MOU), Bahagian Pusat Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka yang bertujuan kepada perkongsian idea dan pengalaman dengan para pelajar serta pensyarah dari pihak Yayasan Waqaf Ar-Risalah Madrasah Aliyah (MA), Perguruan Islam Ar-Risalah, Padang Indonesia serta panel dan pelajar dari Persatuan Youth Empowerment Society (YES) UiTM Cawangan Melaka.

Selain perkongsian daripada pelajar-pelajar YES, program juga diselitkan dengan pameran produk pelajar-pelajar i-PROVA dan ceramah Motivasi Pendidikan Tinggi Islam Mendepani Alaf Baru daripada Prof Madya Dr S Salahudin Suyurno, KPP ACIS dan Motivasi Ekonomi dalam Perspektif Islam oleh Dr Mohd Zaid Mustafar.

Tahniah diucapkan kepada Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka dalam menjayakan usahasama sebegini yang bukan sahaja dapat melahirkan graduan berciri holistik dan mewujudkan jaringan akademik malah dapat memberi inspirasi kepada kedua-dua pihak melalui perkongsian idea dan pengalaman yang lebih mapan.