UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 25 Januari 2019 - Majlis Penyerahan Bendera (Flag-Off) Karnival Sukan Staf (KARiSTA) 2019 telah berlangsung bertempat di Dewan Kuliah 1, KPP1, Kampus Alor Gajah. Seramai 137 orang atlit UiTM Cawangan Melaka akan menyertai 14 jenis sukan yang dipertandingkan di KARiSTA 2019 yang diadakan pada 26 Januari - 2 Febuari 2019 bertempat di UiTM Kampus Segamat.

YBhg Datuk Prof Madya Sabariah Haji Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM) telah menyempurnakan sesi penyerahan bendera yang turut dihadiri oleh En Ahmad Khairuman Md Hasim, Timbalan Rektor HEP, Dr Fahmi Abdul Rahim, Penolong Rektor Kampus Bandaraya Melaka selaku Ketua Kontijen UiTMCM, Prof Madya Dr Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor Kampus Jasin dan Encik Mazlan Salleh, pengerusi PSKK

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Melaka atas inisiatif mengelola serta membantu persediaan kontinjen UiTMCM dan para penaja atas kesudian memberi sumbangan. Semoga para atlit berjaya meraih pingat dan mengharumkan lagi nama UiTM Cawangan Melaka dalam arena sukan.