UiTM CM WALL

Collection of our news and event

BANDUNG, 10 Mac 2019 - Sebuah Program Pengantarabangsaan Perkongsian Pengetahuan telah diadakan di Perpustakaan Institut Teknologi Bandung, Indonesia anjuran Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka  disertai oleh 16 orang kakitangan perpustakaan, juga penglibatan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Bahagian Pengurusan Fasiliti universiti.

Objektif utama lawatan adalah bagi membina jaringan kerjasama dan perkongsian pengetahuan di antara perpustakaan akademik kedua negara. Untuk itu, satu sesi pembentangan telah dirangka dan disampaikan oleh Pn. Rozaimah Mat Sidek dan Pn. Roslah Laman (Santai Point, Perpustakaan UiTMCM, Kampus Alor Gajah), En. Mohd Ismail Abidin (Projek Waqaf, Perpustakaan UiTMCM, Kampus Jasin) dan Cik Hazlin Ibrahim Khan (Inisiatif Digital Perpustakaan UiTM Malaysia).

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, ianya juga dapat memberi pendedahan kepada warga kerja perpustakaan terhadap penggunaan teknologi dalam perkhidmatan di perpustakaan luar negara seterusnya membuat penambahbaikan yang berterusan.