UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 10 Mac 2019 – Taklimat Pengenalan Pertolongan Cemas Asas – ‘First Aider In The House’ (FAITH) 2.0, 2019 telah berlangsung di Dewan Syura Al-Mizan, Masjid Al-Hikmah, UiTM Kampus Alor Gajah.

Seramai 45 orang pelajar daripada setiap program fakulti di UiTM Kampus Alor Gajah telah menyertai program ini. Peserta yang terlibat telah didedahkan dengan teknik asas pertolongan cemas yang betul bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau kecederaan seterusnya menduduki ujian praktikal ringkas dijalankan di akhir sesi.

Program ini dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Melaka dengan kerjasama Unit Kesihatan dan Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM) Kampus Alor Gajah kesinambungan daripada program yang sama siri pertama yang telah berjaya diadakan pada tahun lalu.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Encik Muaz Hj. Mohd Noor, Naib Pengerusi 2 Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Melaka, yang turut menyampaikan hadiah kepada kumpulan pemenang dengan diiringi oleh Cik Nurin Qurratuain Mohd Ridzwan, Ketua Projek Program FAITH 2.0.