UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 15 Mac 2019 - Mesyuarat Sekolah Kluster Kecemerlangan Bil. 1/2019 bersama YBhg Datuk Prof Madya Sabariah Hj Mahat telah diadakan pada Jumaat yang lalu di UiTM Kampus Bandaraya Melaka, UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM). Sebanyak tujuh buah sekolah terlibat diwakili Pengetua serta Guru Besar hadir dalam mesyuarat ini. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK (A) Sultan Muhammad, SMK Tinggi Perempuan Melaka, SK Brisu, SK Jalan Datuk Palembang, SK Kemuning, SK Paya Rumput dan SK Chenderah.

Ketujuh-tujuh sekolah ini ditindikkan di bawah UiTMCM di bawah jalinan kluster kecemerlangan. Datuk Prof Madya Sabariah menyambut baik hasrat pihak sekolah dalam merencana progam kolaborasi yang berimpak. Strategik kerjasama ini juga dilihat sebagai antara platform terbaik untuk memasyarakatkan UiTMCM.

Pembentangan perancangan kolaborasi telah dibuat oleh pihak sekolah kepada Datuk Rektor serta jawatankuasa daripada UiTMCM. Pengerusi Jawatankuasa SKK akan menyelaraskan kesemua aktiviti bagi memastikan objektif usahasama ini dapat dicapai. Turut hadir YBrs. Tuan Fakhrul Adlee Abd Halim mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.