UiTM CM WALL

Collection of our news and event

KUCHING, 19 Mac 2019 - Telah berlangsung Program Penandaarasan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka ke UiTM Cawangan Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) baru-baru ini. Program telah berlangsung selama 3 hari dari 15 hingga 17 Mac 2019 melibatkan 25 orang pelajar JPK.

Penasihat program, En Mohammad Tarmizi Mohammed Ismail berkata, pelajar didedahkan dengan sesi perkongsian dan dialog dengan pengurusan HEP, Pengurusan Kolej dan pemimpin pelajar UiTM Sarawak seterusnya sesi dialog dengan pemimpin MPP dari UNIMAS. Program Penandaarasan ini diharap dapat memberi pendedahan kepada para pemimpin JPK dengan amalan-amalan terbaik dari institusi berlainan agar dapat dipraktikkan semasa bertugas. Ia juga bg menyediakan pemimpin pelajar UiTM berkelas tinggi.

Ketua Projek Saudara Saif berpendapat semua pemimpin JPK sangat bertuah kerana mempelajari banyak perkara yang boleh dipraktik apabila pulang ke kampus terutamanya kemahiran perancangan dan persediaan program pada skala profil tinggi.

Puan Siti Nuliyana Mohd Ruseli Pegawai Pengiring Program menegaskan perkongsian antara pihak UiTM Sarawak dan UNIMAS sangat berfaedah kepada semua pemimpim JPK. Pengisian pelbagai slot telah memainkan peranan penting dalam pembentukan kerjasama kumpulan yang jitu.