UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 1 April 2019 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Aumm Kasi Gegar 2.0 di Dataran Pusat Persatuan Pelajar, UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Turut hadir bersama YBHG. Datuk Sabariah Binti Haji Mahat Rektor UiTM Cawangan Melaka sebagai perasmi Majlis. Program ini di anjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Unit Kebudayaan, Unit Sukan, Unit Pengurusan Kolej & NR, Bahagian Perpustakaan, Majlis Perwakilan Pelajar 2018/2019 dengan kerjasama persatuan dalaman UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Sebanyak 11 kontijen terlibat yang terdiri daripada semua program dari kedua-dua fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer & Matematik dan juga Fakulti Perladangan & Agroteknologi. Aumm Kasi Gegar 2.0 pada kali ini juga akan melibatkan 27 pertandingan di antara program dan berlangsung  dari 30 Mac 2019 hingga 21 April 2019.

Di samping itu , aktiviti keusahawanan turut dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama persatuan dalaman. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk sikap kerjasama dan semangat ahli setiap program dan juga memberi ruang dan peluang pelajar lebih dekat dengan pihak pengurusan secara amnya. Program ini juga dapat memberi peluang kepada mahasiswa mengasah bakat didalam semua aspek seperti kebudayaan, sukan, keusahawanan dan lain-lain. Di harapkan program Aumm Kasi Gegar 2.0 ini dapat menjadi salah satu platform untuk memilih dan menilai wakil atau atlet untuk dihantar ke pertandingan luar untuk bersaing di peringkat negeri/antarabangsa.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Perasmian Aumm Kasi Gegar 2.0 ini adalah Encik Ahmad Khairuman bin Md Hasim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Melaka , Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi bin Zaini, Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan Puan Nor Fadilah Tahar , Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.