UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 27 April 2019 – Pertandingan Kawad Formasi sempena Sambutan Hari Perbandaran Alor Gajah Melaka MPAG ke 16 anjuran Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka bertempat di Dataran Keris Alor Gajah, Melaka. Pasukan Komander Kesatria UiTM Melaka disertai seramai 31 orang telah dinobatkan sebagai johan kategori IPTA serta johan keseluruhan dengan membawa pulang piala pusingan Champ of The Champ iaitu piala Yang Dipertua MPAG, sijil penghargaan serta wang tunai sebanyak RM 1,450.00.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Datuk Tey Kok Kiew, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Melaka. Turut hadir Y Brs Zamzuri bin Arifin, Yang Dipetua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), turut hadir barisan pengurusan MPAG serta tetamu jemputan.