UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 25 Jun 2019 – Berlangsungnya Program Mobiliti Antarabangsa Pelajar Universitas Airlangga dan UiTM Cawangan Melaka bertempat di UiTM Kampus Bandaraya Melaka bermula 24 Jun 2019 hingga 28 Jun 2019. Para peserta telah didedahkan dengan perkongsian pengetahuan dari wakil pensyarah dan pelajar daripada kedua-dua universiti antaranya Pensyarah Kanan UiTMCM, Dr. Irzan Ismail dan Dr. Abdul Rahim Ridzuan. Program selama empat hari ini disertai seramai 21 pelajar dan seorang pensyarah pengiring dari Universitas Airlangga, Indonesia dan Pensyarah serta pelajar UiTMKBM.

Sesuai dengan tema program iaitu keusahawanan, pelajar-pelajar telah dibawa melawat ke Heritage Drinks industries (M) Sdn Bhd (Syarikat Orang Kampung), Ombakwear Melaka dan melihat bandar pelancongan "Melaka Heritage Trail" yang dikendalikan pelajar-pelajar UiTMCM. Semoga program yang dijalankan ini dapat mempertingkat dan mengetengahkan kemahiran praktikal dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan.