UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 23 Julai 2019 - Telah berlangsung Amanat Rektor & Majlis Perasmian Penutup Minggu Destini siswa (MDS) Interim Julai 2019 UiTM Kampus Jasin (KJM) melibatkan 433 orang pelajar baharu iaitu 277 orang pelajar FSKM dan 156 orang pelajar FPA bertempat di Dewan Auditorium, UiTM KJM. YBhg Rektor, Profesor Dr. Abd Halim Bin Mohd Noor di dalam amanatnya mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menyambung pengajian di UiTM, bersyukur dan menggunakan peluang untuk menimba ilmu di universiti sebaik mungkin.

Turut hadir En. Ahmad Khairuman Md Hasim, Timbalan Rektor HEP, Prof. Madya Dr. Ismadi Md Badaruddin, Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail, Timbalan Rektor PJI, Prof. Madya Dr. Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor UiTM KJM selaku tuan rumah dan Pn. Nor Aishah Hussin, Timbalan Pendaftar Kanan.