UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 30 Julai 2019 - Program i-CIPTA anjuran CIPSF telah berlangsung dengan jayanya diadakan di Dewan Bendahara, UiTM Kampus Alor Gajah. Sebanyak 23 kumpulan termasuk 2 kumpulan secara 'virtual mode' telah dinilai oleh 7 orang juri yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr Abd Halim Mohd Noor, Rektor turut dihadiri oleh Timbalan Rektor HEA, Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin.

Penganjuran pertandingan ini turut merupakan antara usaha oleh pihak CIPSF dalam usaha ke arah melahirkan idea-idea terkini; bersama-sama dengan produk inovasi yang berlandaskan syariat Islam demi kecemerlangan ummah sejagat; yakni seiring dengan tema pertandingan kita pada hari ini iaitu “Towards Informative, Inspirative and Innovative Ummah”.

i-CIPTA 2019 ini merupakan program inovasi yang dianjurkan buat kali KETIGA oleh pihak CIPSF UiTM Cawangan Melaka secara tahunan sejak dari tahun 2017 dalam usaha ke arah memperkasakan bidang keilmuan Islam kontemporari yang berteraskan syara’ menerusi percambahan idea-idea terkini dan produk inovasi yang merangkumi segenap bidang ketamadunan insan.