UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 8 Ogos 2019 - Telah berlangsung Kursus Asas Keselamatan dan Tadbir Urus Bengkel Pembuatan FSSR UiTMCM 2019 dianjurkan oleh Unit Pengurusan Risiko (UPR) dengan kerjsama Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan MS Smart Management Sdn Bhd (MASMA SAFETY) dihadiri oleh pensyarah-pensyarah Program Seni Reka Perindustrian dan Seni Halus serta Penolong Jurutera FSSR.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Shukri Saidin, Perunding Keselamatan berkongsi pengetahuan asas berkenaan pengurusan risiko dan tatacara pengendalian yang betul di bengkel pembuatan secara teori dan praktikal. Kursus ini diadakan bagi memenuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Majlis perasmian penutup kursus disempurnakan oleh yang Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin, TRHEA diiringi oleh KPP FSSR, Dr Nadzri Hj Mohd Sharif.