UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 8 Ogos 2019 - Seramai 64 orang pelajar Sarjana Muda Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah berjaya menamatkan Program Pembangunan Bakat Data Analitik (DataXpert@UiTM) yang telah berlangsung bermula 18 Julai 2019 sehingga 8 Ogos 2019.

Program DataXPert@UiTM ini adalah siri yang ke-3 dan buat julung kalinya menawarkan pensijilan ‘Data Scientist with Python’. Big Data Analytics merupakan “trend” terkini di mana banyak syarikat mencari pekerja yang mampu menganalisa data-data syarikat untuk menambahbaik syarikat mereka. Ini sekaligus telah membuka peluang keemasan kepada pelajar UiTM dimana pelajar dapat mempelbagaikan kemahiran mereka dan meluaskan peluang pekerjaan mereka kelak.

Di akhir program ini, pelajar dikehendaki membentangkan projek yang diberikan dan menunjukkan kebolehan mengaplikasi ilmu yang dipelajari. Secara menyeluruh, hasil dari program ini lahir dari pelbagai sudut dan impak utama adalah melahirkan “Data Scientist” yang serba boleh sebagai pengaturcara, penganalisa dan juga perancang strategik. Hasil maklumbalas pelajar juga didapati mereka bersetuju bahawa program ini sangat berbaloi dan bermanfaat serta perlu diteruskan pada masa hadapan.

Hadir sama pada majlis penutup dan penyerahan sijil tamat program ini adalah Puan Nor Fadilah Tahar, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin dan juga sebahagian pensyarah yang menjadi Fasilitator sepanjang program ini berlangsung.