UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 9 Ogos 2019 - Telah berlangsung Program Melaka International Intellectual Exposition (MIIEx2019) dari 6 - 8 Ogos 2019 bertempat di Kolej Profesional MARA (KPM) Melaka anjuran Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka dengan kerjasama Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka dan Melaka International College of Science and Technology (MiCoST).

Penganjuran pertandingan inovasi ini adalah antara usaha UiTM Cawangan Melaka dan PJI UiTM Cawangan Melaka ke arah kerjasama pengkomersilan, ilmu penyelidikan dan inovasi bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah, IPT, Pensyarah untuk mempamerkan kehebatan produk inovasi mereka. MIIEx2019 yang bertemakan 'Humanizing Technology: Enable the Disabled' telah menerima penyertaan seramai 189 kumpulan dari pelbagai institusi dalam dan luar negara. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dr Abd Halim Mohd Noor, Rektor UiTM Cawangan Melaka dan turut dihadiri oleh Timbalan Rektor PJI, Prof Madya Dr Shafinar Ismail, Timbalan Rektor HEA, Prof Madya Dr Ismadi Md Badarudin.