UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 14 Ogos 2019 - Majlis penyerahan Bendera Kontinjen UiTM Cawangan Melaka kepada Kontinjen UiTMCM ke Kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) 2019 telah berlangsung di Dataran Keris UiTM Kampus Alor Gajah pagi tadi. Penyerahan dilakukan oleh YBhg Prof Dr Abd Halim Mohd Noor diiringi En Ahmad Khairuman Hasim, Timbalan Rektor HEP dan Pegawai Sukan, En Mohd Tarmizi Mahmud. Seramai 237 orang termasuk atlet dan urusetia menyertai 19 acara dalam kejohanan yang akan berlangsung dari 14 hingga 22 Ogos 2019 di UiTM Puncak Alam, Selangor.