UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 22 Ogos 2019 – UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah dipilih menjadi tuan rumah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka bagi penganjuran Pertandingan Pidato Piala Pengarah SPRM Negeri Melaka 2019 pada 22 Ogos 2019 bertempat di Auditorium Kampus Jasin.

Antara objektif program ini untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai peranan dan fungsi SPRM terutamanya mengenai kesalahan dan kesan akibat perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan seterusnya memperbaiki persepsi masyarakat terhadap SPRM. Di samping itu ia juga bertujuan untuk menanam sifat keyakinan dan jati diri yang tinggi di kalangan peserta ketika memperdengarkan hujah yang ingin disampaikan. 16 orang murid daripada sekolah sekitar negeri Melaka telah beradu dalam pertandingan ini.

Majlis penyampaian hadiah pertadingan anjuran bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Melaka.

Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Dato’ Ts. Dr. Mohd. Nor Hajar Hasrol bin Jono, Penyelaras STEM UiTM Cawangan Melaka.