UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN , 28 Ogos 2019 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Pusat Latihan Peperangan khusus (PULPAK) telah menganjurkan aktiviti pengumpulan bahan-bahan bacaan dikalangan ahli bakat, ahli keluarga dan saudara mara terdekat sejak awal April 2019 untuk disumbangkan kepada koleksi Buku Waqaf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Sebanyak 450 buah buku telah berjaya dikumpulkan yang meliputi pelbagai genra / bidang bacaan untuk disumbangkan kepada PTAR Jasin.

Majlis penyerahan buku waqaf ini telah berlangsung pada 28 Ogos 2019 di Ruangan Waqaf, Aras 2 Bangunan PTAR UiTM Jasin. Simbolik penyerahan buku waqaf telah disampaikan oleh Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah, Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK) kepada Prof Madya Dr Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin disaksikan Puan Jamaliah Ainon bt Manah, Pengerusi BAKAT PULPAK dan Puan Rozaimah Mat Sidek, Timbalan Ketua Pustakawan PTAR UiTM Melaka. Menurut, Puan Jamalia Ainon binti Manah, Pengerusi BAKAT-PULPAK idea atau inisiatif mengumpul buku-buku ini dikalangan ahli BAKAT ini datangnya dari lawatan kerja/ lawatan Muhibbah ahli BAKAT ke UiTM Jasin pada 27 Mac 2019 semasa lawatan ke PTAR JASIN. Projek ini dimulakan terus pada April 2019 dan Ianya adalah bertujuan bagi meneruskan kerjasama erat disamping menjalinkan hubungan yang akrab diantara PULPAK dan UiTM. Projek ini mendapat sokongan tertinggi daripada pengurusan PULPAK dan juga ahli BAKAT yang lain.

Turut berlangsung didalam Majlis penyerahan tersebut adalah Bicara Buku Istimewa (Kupasan Buku) yang dikongsi sendiri oleh Kolonel Adi Ridzwan bin Abdullah, Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus Tentera Darat (PULPAK) yang merupakan salah seorang penulis buku bertajuk : Malaysian Armed Forces: The Nation's Shield : 80th Anniversary. dibawah program Read@UNI. Beliau telah mengupas pengalaman beliau sendiri dalam operasi Lahad Datu dan juga pembangunan buku ini yang memakan masa hampir 1 tahun bagi menyiapkan kandungan buku tersebut. Bicara Buku Istimewa ini merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan tema Sayangi Malaysiaku. Malaysiaku bersih yang dianjurakan PTAR Jasin. Warga BAKAT/PULPAK dan tetamu lain yang hadir didalam majlis ini juga dibawa melawat ke Pertandingan Robotik yang dianjurkan pihak STEM dengan kerjasama Fakulti Sains Komputer dan Matematik yang berlangsung di Aras 3 Bangunan Perpustakaan dan juga di beri penerangan mengenai kempen kampus hijau go green yang sedang giat dijalankan UiTM Jasin.