UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 6 September 2019 - Seramai 500 Staf akademik UiTM Cawangan Melaka menyertai Program ‘Academic Outreach 1.0’ anjuran UCAAD, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Melaka bertempat di UiTM Kampus Bandaraya Melaka baru-baru ini.

Beberapa pengisian dikongsikan antaranya Education 5.0, Wisdom Wednesday, Week Without Wall dan Flexible Learning yang disampaikan oleh Prof. Dr. Nor Aziah Haji Alias, Pengarah Pembangunan Akademik UiTM Shah Alam. Program ini juga memberi ruang kepada pensyarah untuk mengetahui maklumat terkini tentang hal ehwal pengurusan akademik & kurikulum serta menjadikan maklumbalas pelanggan sebagai input dalam perancangan dan penilaian akademik.

 

Turut hadir YBhg. Rektor, Prof Dr Abd Halim Mohd Noor mengalu-alukan kehadiran penceramah. Diharap program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang pengurusan akdemik seterusnya memberi dorongan kepada pensyarah melakukan inovasi dalam pengajaran Industri 5.0 bagi penyediaan pengalaman pembelajaran yang baik seterusnya melahirkan graduan yang berkualiti.