UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 13 September 2019 - Telah berlangsung Kempen Melestari Hijau UiTM Kampus Jasin dimana lebih dari 50 anak benih pokok pelbagai jenis telah didermakan termasuk durian Musang King ditanam di sekitar tasik. Program ini dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Fozi Ali, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UiTM.

Turut hadir Dr Hj Mohd Anuar Mazuki, Bendahari UiTM, Prof Dr Abd Halim Mohd Noor, Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof Madya Dr Asmah Awal Dekan Fakulti Perladangan dan Agroteknologi, En Wan Hasmadi Wan Mohamed Ketua Timbalan Bendahari Jabatan Kewangan Korporat Pejabat Bendahari, Tuan Haji Poazi Rosdi, Timbalan Bendahari Kanan Jabatan Dasar dan Kewangan Pejabat Bendahari, Prof Madya Dr Shafinar Ismail, Timbalan Rektor PJI, Prof Madya Dr Mohd Rasdi Zaini, Penolong Rektor UiTM Kampus Jasin, Pn Zunaidah Ab Hassan, Koordinator Keusahawanan UiTMCM, En Mohd Khalil Mohd Jamil, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Negeri Sembilan serta para pelajar.