UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 16 September 2019 - Seramai 2,000 pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus menyertai program Merci Moment 3.0 'Whisper of Hope' anjuran kelab MeDIA Fakulti Perakaunan dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Syria Care Malaysia. Program ini dirasmikan oleh En. Ahmad Khairuman Md Hasim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah.

Program yang dijalankan merupakan majlis perasmian penutupan Jelajah Kemanusiaan IPT dan Merci Moment 3.0 dan Majlis Penutupan Bengkel Sukarelawan. Selain itu, program ini dimulai dengan ucapan aluan oleh ketua projek, Muhammad Rabbani Roslan seterusnya dirasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Program ini juga diselangi dengan bicara forum yang bertajuk “Bicara Kemanusiaan” oleh panel jemputan Syria Care Malaysia Puan NurDieana Mardzi, Dr Fitri Hariss, PU Azhar Helmi, dan En. Khairul Zaim Abu Bakar sebagai moderator. Antara pengisian yang diperoleh ialah kupasan isu semasa berkaitan bencana kemanusiaan, harga nilai keamanan dan rasa syukur dan kepentingan kesukarelawan dikalangan mahasiswa.

Program kemudian diteruskan dengan penyerahan 'mock cheque' Merci Moment 3.0 ‘Whisper of Hope’ sebanyak RM7,226.00 kepada Syria Care Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Syria bagi tujuan perbelanjaan harian mereka disana. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa oleh artis jemputan seperti Harris Baba, Daniesh Suffian dan Duta Kemanusian Syria Care Malaysia, Dr. Fitri Haris serta persembahan khas “Tribute to Syria” oleh pelajar semester satu fakulti perakaunan. Turut hadir Dr. Hamidah Hj Bani, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, dan Cik Siti Aishah Basri, Koordinator Program Diploma Fakulti Perakaunan.