ALOR GAJAH, 18 September 2019 – Seramai 100 orang pelajar gabungan dari Kelab Tarian Seni Dance Tradisional (SENCETRA), Kelab Teater Seni Ekspresi Diri (SEPRESI), Kelab Nyanyian Seni Madah Suara (SEMARA), Kelab Nyanyian Band SEMARA dan Kelab Seni Rakan Budaya (SERAYA) dari Persatuan Kebudayaan & Kesenian di bawah Pengurusan Unit Kebudayaan & Kesenian, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka telah menganjurkan ‘Malam Eskpresi Sayangi Malaysiaku 2019’ yang dirasmikan oleh Encik Ahmad Khairuman Bin Md Hasim, Timbalan Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Melaka.
Program ini merupakan acara Sambutan Hari Kebangsaan ke 62 tahun yang disambut di Peringkat UiTM Cawangan Melaka. Hampir 1000 orang pelajar telah bersama-sama mengikuti program yang dijalankan ini. Antara lain tujuan program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat perpaduan, patriotik dan cintakan tanahair di kalangan mahasisiwa.
Acara turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Khas Nyanyian beramai-ramai iaitu lagu ‘Jalur Gemilang’ dan ‘Malaysia Bersih’, tayangan klip video bertemakan patriotik dan kenegaraan, pengucapan puisi patriotik (syair dan sajak), nyanyian, koir, band, tarian, dan sketsa pendek kemerdekaan serta kuiz kemerdekaan bagi menguji ilmu pengetahuan mahasiswa. Turut hadir pada malam itu adalah staf dan pensyarah serta pelajar-pelajar kampus.