UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MASJID TANAH, 22 September 2019 - Kem Kecekapan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Alor Gajah Peringkat Sekolah Rendah Tahun 2019 telah berlangsung di SK Sungai Tuang melibatkan seramai 35 peserta dari kalangan murid-murid sekolah rendah seluruh daerah Alor Gajah anjuran BSMM Daerah Alor Gajah dengan kerjasama BSMM Cabang UiTM Melaka.

Seramai 10 orang pelajar ahli BSMM Cabang UiTM Melaka terlibat sebagai fasilitator dalam melatih dan memberi bimbingan kepada para peserta sepanjang kem berlansung. Perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr S.Salahuddin Suyurno, Timb. Pengerusi BSMM Cabang UiTM Melaka. Turut hadir Pengerusi BSMM Daerah Alor Gajah, pegawai-pegawai, guru pembimbing serta ibu bapa peserta.