UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 28 September 2019 - Seramai 33 orang pelajar komander Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UiTM Melaka telah terlibat dalam program CPR Troopers anjuran Mahkota Medical Centre (MMC) bertempat di Dewan Optimis, SMK Tinggi Melaka.

Program ini diadakan bertujuan untuk latihan persediaan sebagai fasilitator bagi program Malaysian Largest CPR Health Festival-Handstoheart 2019 yang akan berlangsung pada 19 Oktober depan. Turut bersama Cik Hazlin Ibrahim Khan dan Encik Wan Mohd Faizul Adnan Wan Yahya selaku pegawai pengiring.