UiTM CM WALL

Collection of our news and event

BANDUNG, 27 November 2019 - Telah berlangsung satu program 'International Research Symposium 2019' antara Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) dan UiTM Cawangan Melaka (UiTM Melaka).
Program dijalankan berikutan kerjasama MoU yang telah terjalin antara kedua-dua universiti yang dimeterai oleh UiTM Malaysia.
UPI diketuai Rektor Prof Dr H.R. Asep Kadorahman dan UiTM Cawangan Melaka diketuai Rektor Prof Dr Abd Halim Mohd Noor. UiTM Melaka turut diwakili Timbalan Rektor PJI, Prof Madya Dr Shafinar Ismail serta koordinator dan penyelaras bahagian PJI universiti.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan merangkumi ucapan kedua-dua Rektor, Sesi Dialog Kerjasama Antara Universiti dan pembentangan aktiviti penerbitan berindeks.
Majlis diteruskan dengan sesi kemuncak program iaitu persetujuan kedua-dua pihak untuk berkerjasama melalui kolaborasi penyelidikan dan penerbitan berindeks SCOPUS, program pertukaran pelajar dan program profesor/pensyarah pelawat.
Rektor UiTM Melaka Prof. Dr. Abd Halim Mohd Noor berkata banyak perkara yang dapat dimanfaatkan terutamanya penerbitan berindeks SCOPUS yang merupakan KPI bagi kedua-dua universiti. Prof Dr Abd Halim juga berharap kolaborasi antara UiTM Melaka dan UPI dapat dipanjangkan ke bidang multimedia, sains komputer dan jaringan komunikasi melalui Fakulti Sains Komputer dan Matematik dari kedua-dua buah institusi.
Timbalan Rektor PJI, Prof Madya Dr Shafinar Ismail menegaskan lawatan ini telah berjaya dan pelbagai program kerjasama telah dirancang dan akan dilaksanakan merangkumi penubuhan Malaysia - Indonesia Tourism Research Centre yang merupakan misi utama delegasi UiTM Melaka dalam lawatan ini. Ini juga terbukti dengan minat UPI menyatakan hasrat bekerjasama sebagai penganjur bersama program penyelidikan anjuran UiTM Melaka bagi tahun 2020.
Di akhir program, pihak delegasi UiTM Melaka telah dibawa melawat sekitar kampus dan fakulti di UPI.