UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 29 November 2019 - Telah berlangsung “International Collaboration Discussion” antara Edith Cowan University (ECU), Australia dan UiTM Cawangan Melaka yang telah diwakili oleh Associate Professor Dr. Denise Gengatharen, Associate Dean (Commerce) dan Dr. Saiyidi Mokhtar Mat Roni, Pensyarah dari Fakulti Undang-Undang & Perniagaan ECU.

Perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Kampus Alor Gajah adalah bertujuan untuk menjalinkan program jalinan 2 hala antara UiTM Cawangan Melaka dan Edith Cowan University dengan berkongsi pendapat dan pengalaman antara kedua-dua universiti ini.

Sesi perbincangan dipengerusikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Dr. Ismadi Md Badarudin