UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 12 Disember 2019 - Telah berlangsung Majlis Pelancaran Kasut Keselamatan TejaPro di Bengkel Seni Reka Perindustrian, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama Profesor Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM.

Turut hadir, Y.Bhg Prof. Adjung Dr. Mohd Azman Zainul Abidin, Pengarah Urusan BITCOM, Y.Brs. Dr. Hafeez Hussain, Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi PERKESO, Y.Brs. Encik Husni Balis Alo, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Bekal Sdn.Bhd, Rektor UiTM Cawangan Melaka Y.Bhg Profesor Dr. Abd Halim Mohd Noor serta Profesor Dr. Ruslan Abdul Rahim, Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka.

Di majlis yang sama UiTM Cawangan Melaka, Business Innovation Technology Commercialization Center (BITCOM), Melaka Bekal Sdn Bhd iaitu anak syarikat kerajaan Negeri Melaka dan Pusat Rehabilitasi PERKESO bertukar dokumen kerjasama untuk membangunkan TejaPro.

Produk yang dihasilkan oleh warga Jabatan Seni Reka Perindustrian Fakulti Seni Reka dan Seni Lukis UiTM Cawangan Melaka ini adalah selaras dengan halatuju UiTM dimana penekanan khusus akan diberikan kepada pengkomersialan produk-produk penyelidikan dan juga inovasi tenaga pengajar dan penyelidik UiTM.