UiTM CM WALL

Collection of our news and event

2016 bertemakan “Transformasi Aqliyyah Pemacu Kecemerlangan” di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Prof Madya Dr S. Salahudin Suyurno dan diikuti bacaan dan terjemahan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Mohd Zin dan Ustaz Zaini. Majlis seterusnya diikuti dengan ucapan aluan oleh Dr. Nasreen Miza selaku pengerusi MSHI 2016 dan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Prof Madya Dr. Mohd Adnan Hashim selaku Rektor UiTM Melaka.

Majlis telah diadakan dengan gilang gemilang bagi menghargai dan menyampaikan penghargaan kepada ahli penyelidik berimpak tinggi (2016), juruaudit dalam dan penilai 5S, pasukan anugerah kualiti naib canselor (AKNC), khidmat setia 20 tahun, khidmat setia 25 tahun, khidmat setia 30 tahun dan pesara 2016.

Anugerah Khas Rektor turut diberikan kepada fakulti terbaik untuk kategori tamat mengikut tempoh pengajian peringkat ijazah dan diploma, anugerah dekan peringkat ijazah dan diploma, tamat mengikut tempoh pengajian dengan cgpa lebih dari 3.5 peringkat ijazah dan diploma.

Seterusnya pemberian Anugerah Khas Rektor kategori staf untuk penerbitan, karya ilmiah/inovasi, pencapaian khas 1,2 dan 3, anugerah 5S dan Inisiatif 5S. Menurut Rektor UiTM, Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim, tema MSHI 2016 ini selaras dengan program transformasi UiTM, iaitu pemikiran atau tradisi befikir merupakan suatu bahagian yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Menurut beliau, “Pencapaian dan hasil terbaik dari inisiatif yang padu dari staf samaada secara individu atau kolektif wajar diberi pengiktirafan dalam bentuk penghargaan atau anugerah”. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua yang mendapat anugerah dan berpesan agar mereka yang belum menerima kejayaan sebagaimana yang diharapkan untuk tidak menyerah daya dan terus berusaha. InsyaAllah ada rezeki untuk semua.