UiTM CM WALL

Collection of our news and event

Universitas Lancang Kuning. Program kali ini dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) iaitu daripada Unit Memorandum Persefahaman (MoU). Program ini dijalankan di Dewan Syura Al-Mizan dan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Adnan Hashim iaitu selaku Rektor Kampus UiTM Melaka yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail selaku Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Melaka. Deligasi Universitas Lancang Kuning diketuai oleh Dr. Taufiqul Hulam selaku Secretary of Post Graduate Program serta ditemani oleh Pegawai Perhubungan Awam Universitas Lancang Kuning iaitu Bapak Muhammad Ridwan dan 40 mahasiswa.

Program diteruskan dengan sesi taklimat kampus UiTM Melaka yang disampaikan oleh Koordinator Unit Komunikasi Korporat iaitu Dr. Abd Rauf Hj Ridzuan dan diikuti dengan taklimat mengenai Program Pascasiswazah Arshad Ayub Graduate Business School yang disampaikan oleh Dr. Fahmi Abdul Rahim selaku Ketua Pusat Pengajian Siswazah. Pelbagai soalan dilemparkan oleh mahasiswa deligasi sepanjang taklimat dijalankan. Majlis diteruskan dengan makan tengahari dan solat Jumaat di Masjid Al-Hikmah sebelum bersurai. Menurut Prof Madya Dr Shafinar Ismail, “Program seperti ini dapat meningkatkan kecekapan sumber manusia, mengoptimum input untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tadbir urus universiti, perkongsian system dan maklumat serta mengurangkan kos operasi”. Beliau turut bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakannya dan bersedia untuk menerima lebih ramai deligasi dari negara luar.