UiTM CM WALL

Collection of our news and event

Sains, Teknologi Dan Inovasi Dan Kerajaan Negeri Melaka di mana UiTM Melaka telah dipelawa sebagai pempamer sempena program tersebut yang telah berlangsung pada 23 – 25 September 2016 (Jumaat hingga Ahad ) bertempat di West Concourse, Dataran Pahlawan Melaka Megamall bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Terdapat 31 agensi dan jabatan kerjaaan khususnya di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) termasuklah Pusat Sains Negara, Jabatan Meterologi Negara, Agensi Nuklear Malaysia serta Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka telah menyertai karnival tersebut dengan membuka booth masing – masing. Terdapat pelbagai acara dan aktiviti yang menarik lagi bermanfaat telah dilaksanakan sepanjang program tersebut berlangsung termasuklah sesi ceramah, Tech-Tarik bersama Angkasawan Negara, Santai bersama SIRIM, pertandingan mewarna kanak – kanak, sesi cerapan matahari, sesi penerangan, jualan cenderahati dan wangian dan sebagainya. Pihak UiTM Melaka telah diwakili oleh En. Mohd Ab Malek bin Md Shah, En. Sulaiman bin Mahzan bersama – sama dengan Pn. Siti Fairuz Nurr binti Sadikan yang bertugas sebagai pempaper bagi ketiga – tiga hari tersebut. Program telah dirasmikan dengan penuh gilang - gemilang oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan turut dihadiri oleh ketua – ketua jabatan dan agensi kerajaan Negeri Melaka.