UiTM CM WALL

Collection of our news and event

produk inovasi yang bertajuk Sistem Pengurusan Integrasi Penyertaan Pertandingan Inovasi sempena Mesyuarat Portfolio Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau Dan Inovasi Bagi Kluster Sains dan Teknologi dan Inovasi Bil. 2/ 2016 yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Perbadanan Bioteknologi Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Datuk Wira Haji Md Yunos bin Husin, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh ketua – ketua jabatan dan agensi kerajaan Negeri Melaka termasuklah Perbadanan Bioteknologi Melaka, Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka, Unit Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, UiTM Melaka yang diwakili oleh En. Mohd Ab Malek bin Md Shah selaku Penyelaras Unit Inovasi, Paten dan Pengkomersilan, Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Melaka.

Menerusi sesi pembentangan tersebut, En. Sulaiman turut menerangkan secara terperinci berkaitan latar belakang produk inovasi cetusan ilham beliau sendiri serta aplikasi sistem tersebut yang telah digunapakai secara menyeluruh bagi tujuan melancarkan urusan pendaftaran produk oleh setiap peserta, pembayaran yuran serta aspek penjurian secara bersepadu bagi pertandingan inovasi yang diadakan secara tahunan di UiTM Melaka sedari tahun 2009 hingga kini. Secara keseluruhan, pembentangan berkaitan produk inovasi telah mendapat maklumbalas positif daripada kesemua ahli mesyuarat dalam usaha ke arah penambahbaikan produk tersebut kelak. Produk inovasi tersebut telah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa menerusi penyertaan dalam beberapa pertandingan inovasi seperti telah merangkul anugerah Emas sempena Invention, Innovation & Design Exposition 2014 (iidex2014). Selain itu, sistem bersepadu tersebut turut meraih anugerah Perak bagi Competition & Exhibition, Research, Invention, Innovation & Design (RIID 2013) UiTM Melaka.