UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 16 Disember 2016: UiTM Melaka baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada delegasi Indonesia iaitu daripada mahasiswa Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia. Program kali ini dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) iaitu daripada Unit Memorandum Persefahaman (MoU). Program ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun yang turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail selaku Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) UiTM Melaka. Deligasi Universitas Negeri Yogyakarta diketuai oleh Dr. Ali H. Jawad (Ali H. Jawad) selaku Ketua Delegasi daripada UiTM Shah Alam serta ditemani oleh 15 mahasiswa.

Program diteruskan dengan sesi taklimat kampus UiTM Melaka yang disampaikan oleh Koordinator Unit Komunikasi Korporat iaitu Dr. Abd Rauf Hj Ridzuan Pelbagai soalan dilemparkan oleh mahasiswa deligasi sepanjang taklimat dijalankan. Majlis diteruskan dengan makan tengahari dan seterusnya solat Jumaat di Masjid Al-Hikmah sebelum bersurai. Menurut Puan Zainab Hj Mohd Zain, penyelaras Unit Memorandum Persefahaman (MoU), “Program seperti ini dapat mempromosikan UiTM Melaka di luar Negara. ”. Beliau juga turut bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakannya. Unit MoU bersedia untuk menggiatkan aktiviti mempromosikan dan menjalinkan hubungan dengan organisasi luar dengan lebih meluas.