UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 17 Januari 2017 : UiTM Melaka telah mengadakan Majlis Sekalung Budi Lingkaran Jasa bagi meraikan Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim yang telah tamat tempoh berkhidmat sebagai Rektor UiTM Melaka. Lantikan beliau sebagai Rektor bermula pada 1 November 2012 yang lalu dan tamat pada 31 Disember 2016. Beliau yang telah berkhidmat selama lebih 4 tahun sebagai Rektor merupakan Rektor UiTM Melaka ke lapan yang sebelum ini pernah dilantik sebagai dekan di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Shah Alam selama 4 tahun. Anak kelahiran Baling, Kedah ini juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah bagi BERNAMA, KUIM, FITA Studios dan Adlab UiTM Holdings.

Majlis dimulakan di Dewan Kuliah UiTM Kampus Jasin di waktu pagi dan kemudian ke auditorium UiTM Kampus Bandaraya di sesebelah petang dan di diakhiri di Dewan Taming Sari UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Pelbagai upacara telah diadakan sepanjang majlis berlangsung seperti persembahan silat, koir dan konvoi motosikal di UiTM Kampus Jasin, persembahan seksofon oleh Rektor yang dinyanyikan oleh Dr Fadhly Arham di UiTM Kampus Bandaraya dan persembahan Rektor bersama kumpulan muzik UiTM, bacaan sajak dan persembahan montaj dari HEA dan Unit Komunikasi Korporat. Majlis telah diadakan dengan penuh gemilang di ketiga-tiga buah kampus berserta dengan sambutan oleh ribuan pelajar dan staf.

Antara kata akhir dari Rektor di dalam ucapan beliau ialah “ good bye is only for those who love with their eyes. Because for those who love with their heart and soul, there is no such thing as separation”.

Majlis diakhiri dengan simbolik merakam kad perakam waktu, bacaan doa dan selawat serta tabik hormat oleh komander kesatria.

{gallery}gambarnews/perpisahanrektor{/gallery}