UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 3 Januari 2016: UiTM Cawangan Melaka sekali lagi menerima kunjungan daripada delegasi Indonesia iaitu daripada Pondok Pesantren Ar-Risalah, Kota Padang, Indonesia. Program kali ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Korporat dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) iaitu daripada Unit Memorandum Persefahaman (MoU). Program ini telah dijalankan di Dewan Syura Al-Mizan dan telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Shafinar Ismail iaitu selaku Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri Kampus UiTM Melaka. Program ini turut dihadiri oleh Puan Zainab Hj Mohd Zain selaku Penyelaras MoU UiTM Melaka. Deligasi Pondok Pesantren telah diketuai oleh Pak Iswandi selaku ketua yayasan serta ditemani oleh beberapa dosen dan staf sokongan serta 100 orang mahasiswa. Program ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu bermula dengan rombongan 50 pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan pada hari berikutnya.

Program diteruskan dengan sesi taklimat kampus UiTM Melaka yang disampaikan oleh Koordinator Unit Komunikasi Korporat iaitu Dr. Abd Rauf Hj Ridzuan dan diikuti dengan taklimat mengenai “Aktualisasi Diri sebagai Mahasiswa” yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Hilmi Bakar selaku Koordinator Unit Kepimpinan Pelajar UiTM Melaka. Pelbagai soalan dilemparkan oleh mahasiswa deligasi sepanjang taklimat dijalankan. Majlis diteruskan dengan makan tengahari dan rondaan di kampus sebelum bersurai. Menurut Prof Madya Dr Shafinar Ismail, “Program seperti ini dapat mengetengahkan UiTM Melaka ke peringkat global”. Beliau turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.