UiTM CM WALL

Collection of our news and event

SEMARANG, 27 Mac 2017: Kunjungan Rektor UiTM Melaka Prof Madya Sabariah Mahat yang turut diiringi Prof Madya Dr Shafinar Ismail, Prof Madya Shahariah Osman dan Puan Zainab Mohd Zain telah disambut baik oleh Universitas Negeri Semarang (UNNES). Pada pertemuan tersebut, MOU di antara dua universiti turut dilaksanakan. Antara topik perbincangan ialah membincangkan beberapa projek besar di antara dua buah universiti di masa hadapan. Rektor turut dijemput untuk bertemu dengan dekan fakultas ekonomi dan para pentadbir dalam membincangkan hal penyelidikan, akademik dan usahasama. Ia merupakan lawatan rasmi pertama ke UNNES dan UNISSULA.