UiTM CM WALL

Collection of our news and event

SHAH ALAM, 27 Mac 2017: Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Dr Ahmad Fadhly Arham telah menghadiri ke Majlis Amanat YB Pendidikan Tinggi Malaysia dan Penyampaian Watikah Pelantikan sebagai "Certified Neuro Linguistic Programming" NLP Coach UiTM oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh bertempat di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam.

Beliau turut menerima watikah NLP coach untuk wakil daripada UiTM Melaka. Menurut Dr Ahmad Fadhly, beliau amat berterima kasih kepada UiTM Melaka kerana memberi peluang kepada beliau untuk menjadi sebahagian daripada peserta NLP. Menurut beliau lagi, peluang yang diberikan tidak akan disia-siakan dan akan cuba membantu sebaik mungkin kepada mereka terutama pelajar yang memerlukan bimbingan beliau.