UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 2 April 2017: UiTM Cawangan Melaka telah menghantar peserta di kalangan pelajar sempena sambutan Minggu Wang Global bertempat di Seri Bendahara, Melaka. Program telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

Antara program pengisiannya ialah ceramah “Peranan Dan Fungsi Bank Negara Malaysia”,Sesi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Sesi Pengurusan Kewangan Untuk Gruduan dan Perkongsian Bagaimana untuk menjadi Usahawan yang berjaya.

Program ini adalah di bawah anjuran World Assembly of Youth (WAY) dan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dan Universiti Multimedia.