UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 31 Mac 2017: Rektor UiTM Cawangan Melaka Prof Madya Sabariah Mahat telah turun padang melihat lokasi-lokasi banjir di sekitar UiTM Kampus Alor Gajah setibanya pulang dari urusan rasmi di Indonesia. Menurut Rektor, perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan dan tindakan segera perlu diambil bagi mencegah daripada ianya berlaku lagi. Perbincangan telah dibuat bersama dengan Bahagian Pengurusan Fasiliti untuk tindakan susulan.

Rektor juga sempat beramah mesra bersama pelajar dan warga UiTM di sepanjang lawatan untuk mendapatkan pandangan dan informasi yang berlaku di hari kejadian. Beliau turut ditemani Puan Zarina A Hasan Timbalan Pengarah Kanan Pengurusan Fasiliti dan ICT, Jurutera Kanan Encik Hasnan Muniran dan Koordinator Unit Komunikasi Korporat, Dr Abdul Rauf Ridzuan.