UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 31 Mac 2017: Pasukan dari Pusat Jaringan Komuniti yang dulu dikenali UCTC yang diketuai oleh Dr Herwina Rosnan selaku Timbalan Pengarah UCTC telah mengunjungi ICEAN UiTM Melaka bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Ibnu Khaldun Kampus Alor Gajah. Kunjungan beliau telah disambut oleh Prof Madya Dr Wan Kalthom Hj Yahya selaku Koordinator ICEAN UiTM Melaka serta pasukan Ahli Jawatan Kuasa ICEAN.

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah untuk mengendalikan Kempen Kesedaran Keselamatan (KKKE) UiTM-TNB 2017 pada bulan Mei tahun ini. Program ini telah dijalankan di beberapa buah kampus dan UiTM Melaka terpilih untuk destinasi yang ke-5. Turut hadir Koordinator Unit Komunikasi Korporat dan Bahagian Pengurusan Fasiliti UiTM Melaka