UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA , 21 Mac 2017: Program Training of Trainers (TOT) Melaka Bebas Asap Rokok.Anjuran Gabungan NGO Melaka Bebas Asap Rokok (GaNMBAR) dan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka telah berjaya dilaksanakan. Program bebas asap rokok tersebut telah diadakan di tingkat 16, Dewan Seminar,UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka. Program tersebut dirasmikan oleh Dr Zainul Akramin Bin Kambali sebagai Ketua Pegawai unit kesihatan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka. Program tersebut julung kalinya telah mendapat sambutan staf, pelajar dan NGO. Program bebas asap rokok tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengerusi (GaNMBAR) Datok Harun Bin Abdullah dan turut hadir sama Naib Pengerusi (GaNMBAR)merankap Ketua Wanita UMNO Bhg. Jasin.