UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 30 Mac 2017: Seramai 38 orang pelajar dari tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) serta Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Melaka telah bersama-sama menyambut dan meraikan Hari Sindrom Down Sedunia di Mini Stadium SMK Seri Kota. Menurut Puan Aida Nur Kodri selaku pensyarah pengiring bagi program tersebut, program ini bertujuan untuk meraikan golongan sindrom down dan mendekatkan hubungan dengan golongan ini bersama masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shamsudin bin Harun, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Melaka. Program ini juga merupakan anjuran utama dari The Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO SEN) dan beberapa agensi lain.