UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 5 April 2017: Program Jelajah Pendidikan Bumiputera Negeri Melaka telah berlangsung di Dewan Sek Men Keb Munshi Abdullah, Batu Berendam. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir Idris Haron . Ramai pengunjung yang terdiri daripada lepasan SPM / STPM / Matrikulasi dan Asasi hadir di program tersebut. Selain UiTM program turut melibatkan institusi pengajian tinggi yang lain seperti UTeM, UPM, UKM, UTHM, Aswara, UCAM, MICoST, KAYM, UniKL, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kota Melaka, Tangga Batu, Selandar dan IKM Giat MARA di Melaka.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YBhg Tan Sri Mohd Ali Rustam dan mantan Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Emir. Dr Ir Sahol Hamid. Turut hadir, Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof Madya Sabariah Mahat dan pasukan penggerak dari UiTM Cawangan Melaka.