UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 4 April 2017 : Program Kesedaran Belia berdasarkan Transformasi Islam telah diadakan di Auditorium Tingkat 4, Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka.
Dalam Seminar tersebut Ketua Menteri,Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron berkata,Islam telah berkembang dengan pesat walaupun telah dijajah oleh kuasa-kuasa barat,namun pegangan islam tetep menjadi asas pegangan dan identiti Melayu.Selain itu YAB Datuk Seri Utama juga berkata, kesan dari pemikiran ideologi barat mengakibat sistem nilai dan pemikiran masyarakat boleh tersasar dan oleh itu generasi muda perlulah melengkapkan dengan ilmu. Hadir sama Exco Penerangan,Komunikasi dan Koperasi, Datuk Wira Latiff Tamby Chik. Timbalan Exco Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Hijau, Datuk Md.Rawi Mahmud dan Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof.Madya Sabariah Mahat.