UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 6 April 2017: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengambil inisiatif dalam menganjurkan program CSR buat pertama kalinya. Ianya dilaksanakan atas kesedaran bahawa pentingnya penglibatan pihak Perpustakaan dalam membantu komuniti sekeliling khususnya kepada pihak sekolah dari pelbagai aspek. Projek CSR Fasa pertama ini dilaksanakan apabila melihat bahawa betapa pentingnya warga sekolah mendapatkan sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang aktif bagi melancarkan lagi proses pembelajaran di sekolah. Seperti pucuk dicita, ulam mendatang, projek ini telah mendapat sokongan penuh dari pihak penaja iaitu syarikat Teraju Electro Engineering dan Ibzura World Travel and Tours. Turut hadir juga Rektor UiTM Cawangan Melaka Prof. Madya Sabariah Mahat serta Timbalan Ketua Pustakawan Puan Rozaimah Mat Sidek.