UiTM CM WALL

Collection of our news and event

ALOR GAJAH, 17 April 2017: Satu perjumpaan telah diadakan di antara Rektor UiTM Cawangan Melaka Prof Madya Sabariah Mahat dengan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Tuan Haji Ismail Bin Hj. Hasim. Menurut Rektor, antara topik yang dibincangkan ialah untuk melakukan program bersama di masa hadapan di antara UiTM dan MPAG dan antaranya ialah mencantikkan landskap pintu masuk utama UiTM bagi tujuan konvo dan membuat mural di Lubok Cina.

Menurut Rektor lagi, satu persefahaman MOU akan ditandatangani pd 6 Mei 2017. Turut hadir mengiringi Rektor ialah Cik Siti Anis Nadia Abu Bakar.