UiTM CM WALL

Collection of our news and event

MELAKA, 20 Mei 2017: Rektor UiTM Cawangan Melaka Prof Madya Sabariah Mahat telah hadir dalam majlis sambutan hari kelahiran YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Hj. Idris Haron di kediaman rasmi beliau bertempat di Seri Bendahara, Ayer Keroh, Melaka. Antara pengisian program ialah solat maghrib berjemaah yang diimamkan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka dan diteruskan dengan tahlil dan tazkirah oleh Ustaz Khairudin. Di samping itu, acara sambutan Ulang Tahun UMNO ke 71 Peringkat Negeri Melaka turut diraikan sejurus solat Isyak. Turut hadir menemani Rektor ialah suami beliau, Prof Madya Ariffin Mohd Ismail, Penolong Rektor Kampus Jasin Prof Madya Hj Zakaria Tajuddin, Ketua Unit Komunikasi Korporat Dr Abd Rauf Ridzuan, En Shamsol Shafie, En Sulaiman Mahzan, Puan Ummi Kalsum Hassian dan beberapa wakil dari Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN).