JASIN, 21 Mei 2017: UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran pertandingan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2017 yang berlangsung bermula dari 20hb Mei hingga 24hb Mei 2017. Pertandingan ini merupakan program yang dianjurkan pada setiap tahun bersempena dengan ulang tahun kesatria yang ke-41 pada tahun 2017 ini. Sejumlah 500 orang pelajar yang terdiri daripada Komander Kesatria daripada seluruh sistem UiTM yang akan menyertai pertandingan ini.
Pertandingan yang julung-julung kali nya di adakan di UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin ini adalah bertujuan memupuk budaya disiplin, kerja berpasukan, berfikiran kritis dan menyelesaikan masalah serta mempertingkatkan semangat jati diri dan daya juang dikalangan komander kesatria UiTM.
Antara acara yang dipertandingkan sepanjang pertandingan ini adalah Extreme Outdoor Quest (EOQ), tempur tanpa senjata, survival skill, fox hunting, jalan lasak, futsal dan bola jaring. Kesemua pertandingan ini akan dijalankan di sekitar kampus jasin, kampung seri mendapat,merlimau dan chin chin.
Majlis Perlancaran pertandingan ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Sr. Hj. Mohammed Yaziz Hj. Ahmad merupakan Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM pada 21hb Mei 2017 dan telah berlangsung di Foyer Blok Kuliah UiTM cawangan Melaka Kampus Jasin. turut hadir juga Prof. Madya Sabariah Mahat untuk memberi ucapan aluan kepada semua peserta KKEC 2017. Sejurus daripada Majlis Pembukaan tersebut, tetamu-tetamu jemputan telah dijemput untuk melancarkan acara pertama KKEC 2017 iaitu Endurance Outdoor Quest (EOQ). turut hadir juga En. Norazman Harun Timbalan Rektor HEP dan Prof. Madya Hj. Zakaria Tajuddin Penolong Rektor UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.