UiTM CM WALL

Collection of our news and event

JASIN, 22 Mei 2017: Acara seterusnya yang berlangsung pada hari ketiga KKEC 2017 ini adalah pertandingan Tempur Tanpa Senjata (TTS). Acara ini juga merupakan acara berpasukan yang mengandungi 2 bahagian. Bahagian pertama adalah dipanggil Lawang 1 dan Pergerakan 6 Asas (Baru). Bahagian kedua pula adalah 1 Langkah bertarung dan Kilas Mengilas. Acara ini telah berlangsung di Bengkel Perladangan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Johan bagi acara ini telah dimenangi oleh Pasukan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah. Manakala tempat kedua telah disandang oleh Pasukan UiTM Cawangan Johor dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan UiTM Cawangan Kelantan.