MELAKA, 8 Jun 2017 - Satu program pengagihan bubur lambuk telah diadakan di Hospital Mahkota Melaka Raya yang disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof Madya Sabariah binti Hj. Mahat. Anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi, Mahkota Medical Centre dengan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (UiTM Kampus Bandaraya Melaka) Serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Melaka.
Seramai 33 orang pensyarah, turut hadir, Ybhg PM Sabariah Hj Mahat yang turut meluangkan masa hadir ke program ini dan menyatakan bahawa program khidmat masyarakat bersama industri luar seperti ini harus diteruskan pada masa akan datang. Turut serta sepanjang program adalah Ketua Pusat Pengajian FPP Melaka, Dr Ahmad Fadhly Arham, yang turut mengiringi CEO Mahkota Medical Centre mengagihkan pek bubur lambuk dalam kalangan pesakit-pesakit di wad MMC.