UiTM CM WALL

Collection of our news and event

Majlis Kesyukuran ini dianjurkan bagi menghargai pelajar-pelajar, dan staff UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) meraikan Aidilfitri. Turut hadir pada majlis berkenaan YBhg. Prof Madya Sabariah Hj Mahat, Rektor UiTM Cawangan Melaka dan barisan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif (JPE).

Majlis Kesyukuran Sempena Syawal ini diserikan dengan 11 unit gerai terdiri daripada unit-unit di UiTM Kampus Bandaraya Melaka dan fakulti-fakulti yang menyediakan menu-menu istimewa seperti nasi daging, ayam masak merah, kambing bakar, lemang, rendang, roti jala, buah-buahan, kek dah kuih muih tradisional.

Majlis dimeriahkan lagi dengan pertandingan gerai tercantik, dimana YBhg. Rektor telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Bahagian Pentadbiran memenangi gerai tercantik pada sambutan hari raya tahun ini, diikuti Bahagian Hal Ehwal Akademik di tempat kedua dan Bendahari tempat ketiga.

Selain itu majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil jemputan-jemputan luar seperti IKSEP, MiCOST, Bahagian Inovasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pendidikan Melaka, dan Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka.