UiTM CM WALL

Collection of our news and event

Pada 4 Jun 2018 bersamaan 19 Ramadhan 1439H, warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan program memasak bubur lambuk sempena Bulan Ramadhan yang mana program tersebut dianjurkan oleh Kelab Kegiatan Staf UiTM Kampus Jasin (KeKS). Program memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan sempena bulan ramadhan di UiTM Kampus Jasin yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan warga UiTM.
 
Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dimana kesemua staf yang terlibat mengambil tugas masing masing seperti mengupas bawang, ubi kentang dan memotong sayur-sayuran, daging dan sebagainya untuk dijadikan bahan masakan. Disamping itu, tempat memasak turut disediakan oleh Jawatankuasa Logistik. Setelah bubur lambuk siap dimasak, aktiviti pembungkusan bubur lambuk sebanyak 5 periuk dilaksanakan secara gotong- royong. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada staf-staf bermula pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang.